It is currently Sun Oct 26, 2014 6:29 am





Post new topic Reply to topic  [ 1 post ] 
 Resepi Dodol Tradisi 
Author Message

Joined: Wed Aug 27, 2008 8:47 pm
Posts: 45
---------
Reply with quote
Post Resepi Dodol Tradisi

Sponsored Links

Resepi DODOL Tradisi - Melaka

Biasanya, nenek saya (Nek We) akan guna istilah kampit.
Maksudnya kalau nak kacau dodol, soalan seperti ini akan timbul.
"Azan, kau nak kacau, berapa kampit?".

Kampit tu merujuk kepada berapa banyak kampit tepung pulut nak guna.
1 kampit bersamaan 500gm tepung pulut.

Anggaran : Kalau enam kampit, boleh hasilkan 20 kilo dodol siap.

Nisbah bahan adalah seperti berikut :
1 kampit perlu 4 biji santan kelapa (pekat) serta 1 kilo gula melaka
(tulen).
Tips: gula melaka tulen, warnanya coklat gelap dan rapuh (mudah pecah).

Bahan lain yang perlu disediakan :
1 kilo gula pasir
$1 gula batu

Peralatan : kuali (kawah) besar + tungku, centong (rupa macam kayu
pendayung), sudip besi dan
2 bungkus arang (kayu bakau).
Perlu juga daun pandan dan pelepah pisang (sisirkan daun). Pastikan bersih.

Cara sediakan bahan.
Adun/ campurkan air dengan tepung. Nisbah 1/2 liter utk 500gm tepung.
Gaul perlahan2 sehingga mesra. 5-10 minit pun cukup. Pastu, biarkan.
Proses ini dibuat empat (4) jam sebelum mula kacau.

Berikut adalah proses mengacau dodol.
Pastikan tungku anda KUKUH! Hidupkan api dan naikkan kuali/ kawah.
Masukkan santan dalam kuali/ kawah. Dengan bara api yang sederhana (tanpa
api), kacau santan.
10 minit kemudian, masukkan adunan tepung yang dicairkan. 5 minit pastu,
masukkan gula melaka.

Kacau, jangan tak kacau. Masukkan gula pasir & gula batu kalau rasa tak
manis.
Jangan masuk semua, agak2 setengah kampit. Itu pun dah manis gila.
Jangan lupa daun pandan, kalau nak wangi. Lempok durian?
Untuk dodol tahan lama, elok jangan masukkan lempok durian.

Api tak nak, nak bara aje.

2 jam lepas mula kacau, boleh dapat dodol cair. Best wooo...!
Jam ketiga, dodol mula matang dan masa ni kena tenaga banyak.
Kurang2 tiga orang gilir2. Orang lelaki dewasa pon tak larat!
3 jam 1/2 lepas kacau, kalau matang boleh la angkat.

Cara angkat : Guna centong, kasi pusing2kan centong tu dan cepat2 taruk kat
loyang.
Jangan lupa, itu loyang kasi minyak sikit. Takut melekat. Minyak apa?
Apa punya soalan, minyak kelapa la...atau minyak nyior. Kalau rasa duit
banyak, cari minyak kelapa dara.
Gunakan pelepah pisang yang telah dilumur sedikit minyak kelapa, kepitkan
pada centong.

Paling best, kerak dodol. Esok2, jangan lupa cuci kuali!

Kos bahan mentah : RM120.
Kos peralatan : RM250.

So, kalau orang jual dodol asli $18 sekilo, logik la...


Fri Sep 12, 2008 11:15 am
Report this post
Profile E-mail
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 1 post ] 


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests


You can post new topics in this forum
You can reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
cron